Bagi memperingati peristiwa Israk Mikraj, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan program ceramah bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik pada hari Jumaat yang lalu. Antara hadirin yang hadir dalam ceramah tersebut ialah guru-guru Islam dan murid-murid KAFA Tahun 2 hingga Tahun 6. 



Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Engku Afizan dan disusuli dengan soalan kuiz untuk murid yang telah dipengerusikan oleh Ustazah Saudah. Dalam ceramah selama satu jam tersebut, pendedahan tentang akibat meninggalkan solat banyak diketengahkan. Ini kerana solat merupakan tiang agama dan menjadi amalan pertama yang dihitung Allah di akhirat kelak.

Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program pada petang tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates