SK Mukah mengucapkan Selamat Bercuti Sempena Tahun Baru Cina kepada semua warga sekolah. Sekolah akan bercuti bermula pada 29hb Januari 2011 (Sabtu) hingga 6hb Februari 2011 (Ahad).

Selamat Tahun Baru buat seluruh warga SK Mukah sesi 2011.



Pada 30hb Disember 2010 yang lalu telah berlangsung hari pendaftaran murid untuk sesi 2011. Pendaftaran melibatkan murid prasekolah hingga tahun 6. Untuk makluman semua, jumlah bilangan murid di SK Mukah meningkat pada tahun ini dengan menyaksikan sebanyak 2 kelas baru dibuka. Peruntukan bilangan kelas pada tahun 2011 di SK Mukah adalah seperti berikut :
  1. Prasekolah Harapan
  2. 1 Cemerlang A
  3. 1 Cemerlang B
  4. 2 Gemilang
  5. 3 Terbilang A
  6. 3 Terbilang B
  7. 4 Efisien A
  8. 4 Efisien B
  9. 5 Mantap A
  10. 5 Mantap B
  11. 6 Perkasa A
  12. 6 Perkasa B
  13. KPKI Darjah 1
  14. KPKI 2
  15. KPKI 3
  16. KPKI 4
Bagi sesi tahun 2011, murid Prasekolah dan Tahun 1 telah diperkenalkan dengan kurikulum standard baru atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bagi Prasekolah, mereka akan menggunakan Kurikulum Standard Praekolah Kebangsaan (KSPK) manakala Tahun 1 akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum tersebut telah digubal dan akan digunapakai oleh semua sekolah di Malaysia berkuatkuasa pada tahun ini. Penjelasan lanjut mengenai Kurikulum Standard ini boleh dirujuk pada pautan berikut : www.ippm.edu.my/KSSR/KSSR.ppt


Dengan perubahan yang berlaku terhadap kurikulum tersebut, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu taklimat khas kepada ibu bapa murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi mendedahkan kepada mereka mengenai proses perjalanan kurikulum baru tersebut. Taklimat khas tersebut telah diadakan pada 31hb Disember yang lalu bertempat di Dataran Modal Insan Dinamik. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Dipertua PIBG SK Mukah, Dr. Osman.


Pengenalan mengenai KSSR telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Ramlah binti Saberi. Kemudian taklimat telah disambung oleh beberapa orang guru Tahun 1. Antaranya ialah Cikgu Sarinie Dora dan Cikgu Munah ak Ugin. Di penghujung taklimat, ibu bapa dan murid tahun 1 telah diperkenalkan oleh Guru Besar SK Mukah, guru-guru yang akan mengajar tahun 1 dengan KSSR pada tahun baru ini.      
 

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates