Tahniah buat Ester Suyah dari Tahun 6 Perkasa B kerana telah mendapat Johan bagi acara larian berpagar 80m dan tempat ketiga dalam acara Lari 4x200m dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Bahagian Mukah yang telah diadakan di Daro baru-baru ini. Walaupun begitu, Ester tidak terpilih untuk mara ke Peringkat Negeri dalam acara Lari Berpagar kerana rekod yang berjaya dicatat olehnya masih tidak dapat menandingi rekod atlet lari berpagar sebelumnya.

Rekod Ester : 1 minit 7 saat
Rekod Lepas : 1 minit 5 saat  

Pada 24hb Mac yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG 2012 bertempat di bilik mesyuarat SK Mukah. Mesyuarat telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.




Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah :


  1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 1/2011 (26 Februari 2011)
  2. Laporan Setiausaha Kehormat : Membentang dan Laporan Tahunan
  3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2011.


Selain daripada itu, beberapa usul serta isu telah dibincangkan. Antaranya ialah :

  1. Jadual kelas KAFA dan tasmi' pada waktu tengah hari.
  2. Cadangan untuk mengadakan Kelab Kebudayaan yang  mengajar murid-murid seni tarian, nyanyian dan sebagainya.
  3. Penambahbaikan cara komunikasi di antara pihak sekolah dan ibu bapa.


Walaupun begitu, kehadiran ibu bapa pada hari tersebut kurang memuaskan. Hanya 40% ibu bapa sahaja yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Kepada para ibu bapa yang hadir, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Tahniah buat adik Norasyikin dari tahun 5 Mantap B dan adik Nesrina dari tahun 2 Gemilang A kerana telah mempamerkan persembahan yang menarik perhatian juri sempena Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Mukah yang telah diadakan di SK Kg. Penipah semalam.

Bersama guru pengiring, Cikgu Zubaidah dan Cikgu Fauziah

Norasyikin berjaya mendapat tempat naib johan dalam kategori bercerita Tahap 2 dan adik Nesrina telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori bercerita Tahap 1. Mereka telah diiringi oleh Cikgu Zubaidah selaku jurulatih dan guru pembimbing mereka.

Tahniah buat mereka semua!

p/s : Walaupun telah menunjukkan prestasi yang baik dalam peringkat daerah, rezeki kemenangan tidak berpihak kepada kedua-dua wakil bercerita kita pada peringkat bahagian.


Ujian Pencapaian Pertengahan Penggal Pertama
2012

Tarikh : 5hb-8hb Mac 2012

Semoga Berjaya! 

Pada 3 Mac, hari ini telah berlangsungnya Rotong-royong PIBG kali pertama bagi tahun 2012. Gotong-royong telah melibatkan para guru, staf, ibu bapa dan murid SK Mukah. Beberapa zon kebersihan telah dibahagikan dan semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam gerak kerja gotong-royong pada kali ini.

p/s : Gambar gotong royong akan dipaparkan tidak lama lagi.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates