Pada 18hb yang lalu, Panitia Bahasa Malaysia SK Mukah telah mengadakan pertandingan bercerita dan pidato sempena merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program Bulan Bahasa yang akan bermula pada bulan Oktober di semua peringkat termasuk sekolah.
Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi. Negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.
Murid tahun 1 hingga tahun 5 terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut. Tahniah buat semua murid yang bertanding kerana telah memberikan persembahan serta saingan yang hebat dalam pertandingan tersebut.