Pada 15 Februari yang lalu, Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah telah diadakan bertempat di dataran PEHIN. Dianggarkan lebih kurang 3400 orang telah hadir membanjiri dataran tersebut seawal jam 6.15 pagi. Antara orang kenamaan yang hadir pada hari tersebut ialah Residen Bahagian Mukah, Tuan Haji Saudi Bin Haji Narani, Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah serta beberapa orang barisan Exco Kerajaan.


Seperti mana tahun sebelumnya, SK Mukah tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan dan Pertandingan Sepanduk Terbaik Maulidur Rasul. Sebanyak 50 kontijen telah menyertai perarakan sempena Maulid Nabi pada kali ini. Kontijen Perarakan SK Mukah telah diketuai oleh Ustaz Engku Afizan dengan dibarisi oleh semua guru SK Mukah dan murid-murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6.



Bagi pertandingan sepanduk, kejadian yang tidak dijangka telah menimpa SK Mukah. Sepanduk yang dibawa untuk perarakan pada hari tersebut telah terjatuh dipukul angin lalu rosak. Walaupun begitu, SK Mukah tetap menyertai pertandingan tersebut dengan membawa sepanduk tahun sebelumnya sebagai ganti. Hikmah dari peristiwa tersebut, SK Mukah redha dengan kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai ujian dari Allah. Walaupun begitu, SK Mukah berjaya juga meraih tempat ke-7 daripada 13 penyertaan dengan membawa pulang hadiah saguhati.

p/s : Gambar sepanduk SK Mukah 2011 tidak dapat ditayangkan atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates