Pada 30 Mac 2011 yang lalu, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Mukah telah berlangsung di Pejabat Pelajaran Mukah. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara pertandingan yang berlangsung ialah seperti :
  • Tilawah al-Quran
  • Hafazan
  • Bercerita
  • Nasyid
SK Mukah telah menghantar beberapa orang murid yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan yang dianjurkan.



Tahniah buat Zainol Ariffin (Tahun 6 Perkasa B) dan Siti Humaira (Tahun 5 Mantap B) kerana berjaya menjadi johan pertandingan Tilawah al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan.


Tahniah juga buat Ahmad Arsyad (Tahun 6 Perkasa B) kerana berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Hafazan kategori lelaki. Bagi kategori perempuan pula, wakil SK Mukah iaitu Izyan Uzma (5 Mantap A) sekadar meraih tempat ke-3.


Bagi pertandingan bercerita pula, kedua-dua wakil sekolah iaitu Akmal Hazim dan Izzwa Izwani hanya redha dengan keputusan para hakim yang tidak menempatkan mereka dalam senarai "top 3". Walaupun demikian, pihak jurulatih dan sekolah berasa bangga dengan gaya persembahan mereka yang berjaya menarik minat dan perhatian penonton pada petang tersebut.

Kemenangan yang tidak terduga apabila tempat kedua berjaya disandang oleh kumpulan nasyid sekolah iaitu kumpulan Shoutul Iman dalam pertandingan nasyid yang berlangsung pada sebelah petang.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persiapan Majlis Tilawah al-Quran 2011 pada tahun ini dan tahniah buat semua peserta yang berjaya mengharumkan nama SK Mukah.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates