Pada 24hb Feb yang lalu, SK Mukah telah mengadakan majlis menandatangani "Kontrak Pembelajaran UPSR 2011" kepada semua murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut ialah En.Melek Bin Arbi dari Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Mukah dan Dr. Osman bin Rafa'ie, YDP PIBG SK Mukah. Turut hadir pada hari tersebut ialah para ibu bapa semua murid Tahun 6.

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan dipengerusikan oleh Ustazah Salmy dan Cikgu Sufifan. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

  • Ucapan alu-aluan dari Cikgu Ramlah binti Saberi, Guru Besar SK Mukah
  • Ucapan perasmian oleh En. Melek Bin Arbi
  • Persembahan slide show mengenai isi Kontrak Pembelajaran UPSR 2011
  • Majlis menandatangani Kontrak Pembelajaran UPSR 2011
  • Ikrar murid Tahun 6
  • Jamuan ringan


Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.

Ceramah Alam Sekitar telah diadakan pada 21 Februari 2011 yang lalu bertempat di Dataran Modal Insan Dinamik SK Mukah. Ceramah bermula pada jam 2.30 petang dengan dihadiri oleh murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6.


Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak. Antara pengisian yang disampaikan menerusi ceramah tersebut ialah cara menjaga alam sekitar dan kesan tidak menghargai alam sekitar.


SK Mukah berasa bangga apabila Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak berhasrat ingin menjadikan SK Mukah sebagai anak angkat bagi program 3K yang kini menjadi aktiviti penting di setiap sekolah di Malaysia.


Pada 15 Februari yang lalu, Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah telah diadakan bertempat di dataran PEHIN. Dianggarkan lebih kurang 3400 orang telah hadir membanjiri dataran tersebut seawal jam 6.15 pagi. Antara orang kenamaan yang hadir pada hari tersebut ialah Residen Bahagian Mukah, Tuan Haji Saudi Bin Haji Narani, Ahli Parlimen Mukah, Datuk Seri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah serta beberapa orang barisan Exco Kerajaan.


Seperti mana tahun sebelumnya, SK Mukah tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan dan Pertandingan Sepanduk Terbaik Maulidur Rasul. Sebanyak 50 kontijen telah menyertai perarakan sempena Maulid Nabi pada kali ini. Kontijen Perarakan SK Mukah telah diketuai oleh Ustaz Engku Afizan dengan dibarisi oleh semua guru SK Mukah dan murid-murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6.



Bagi pertandingan sepanduk, kejadian yang tidak dijangka telah menimpa SK Mukah. Sepanduk yang dibawa untuk perarakan pada hari tersebut telah terjatuh dipukul angin lalu rosak. Walaupun begitu, SK Mukah tetap menyertai pertandingan tersebut dengan membawa sepanduk tahun sebelumnya sebagai ganti. Hikmah dari peristiwa tersebut, SK Mukah redha dengan kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai ujian dari Allah. Walaupun begitu, SK Mukah berjaya juga meraih tempat ke-7 daripada 13 penyertaan dengan membawa pulang hadiah saguhati.

p/s : Gambar sepanduk SK Mukah 2011 tidak dapat ditayangkan atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum.


Pada 10hb Februari yang lalu, Pihak Hospital Daerah Mukah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6 di SK Mukah.


Pemeriksaan Kesihatan telah dijalankan di bilik guru dengan diselia oleh 3 orang pegawai kesihatan daripada Hospital Daerah Mukah.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates