Buat pertama kalinya program Santai Ramadhan diadakan di SK Mukah. Program ini telah diadakan pada hari Rabu yang lalu, 18hb Julai 2012. Program tersebut adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Agama Islam dan j-Qaf. 



Program ini telah diadakan bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik bermula jam 2.30 petang. Ceramah Santai Ramadhan ini telah disampaikan oleh Ustaz Engku Afizan. Dinamakan program santai Ramadhan kerana di dalam program ini hampir 70% daripada isinya disampaikan melalui tayangan video dan slaid.



Dalam program tersebut, murid didedahkan tentang perkara-perkara asas puasa seperti pengertian puasa, niat puasa, syarat-syarat wajib puasa dan sebagainya.




Pada akhir ceramah,  murid-murid diajukan soalan kuiz berkaitan dengan ceramah yang disampaikan. Tahniah buat semua yang menjayakan program Santai Ramadhan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates