Pada 30 April semalam (Isnin), telah berlangsung pertandingan Kuiz Matematik dan Sains yang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Beberapa pasukan telah berentap dalam pertandingan ini untuk merebut gelaran johan. Dalam pertandingan ini, setiap ahli dalam setiap kumpulan akan diuji mengenai kefahaman mereka mengenai sains dan kepantasan mereka dalam menyelesaikan masalah matematik.

Tahniah buat kumpulan yang berjaya. Tahniah juga buat Panitia Matematik dan Sains kerana telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini, jutaan terima kasih diucapkan.

Pada 25hb April yang lalu, telah diadakan Kem Bestari Solat 1/2012. Kem tahun ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara fokus Panitia Pendidikan Islam dan j-Qaf dalam modul KBS kali pertama ini ialah :

1. Amali wudhuk
2. Niat solat berjemaah







Kem tersebut telah berjalan dengan lancar bermula dari jam 2.30 petang - 5.00 petang. Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan KBS 1/2012.


Tempat : SMK Agama Igan
Tarikh : 19 April 2012


1. Tilawah al-Quran
Lelaki : Wan Ahmad Naim (Tempat ke-3)
Perempuan : Siti Humaira (Naib Johan)

2. Hafazan
Lelaki : Wan Ahmad Farhan (Johan)

3. Nasyid
Shoutul Iman (Naib Johan)

4. Lagu Tema Terbaik
Daerah Mukah (Ustaz Engku Afizan dan Cikgu Fauzidah)

5. Solo Terbaik
Nurul Nuralia (Shoutul Iman)

Tahniah buat semua yang mewakili PPD Mukah dalam Pertandingan MTQ dan Festival Nasyid Peringkat Bahagian Mukah.

Tarikh : 28 Mac 2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : PPD Mukah

Keputusan MTQ



Tilawah Lelaki : Wan Ahmad Naim (Johan)
Tilawah Perempuan : Siti Humaira (Johan)

Hafazan Lelaki : Wan Ahmad Farhan (Johan)
Hafazan Perempuan : Nurul Nuralia (Naib Johan)

Bercerita Lelaki : Aqil Rafiqi (Tempat ke-3)
Bercerita Perempuan : Nuraini Syahindah (Naib Johan)
...
Nasyid : Kumpulan Shoutul Iman (Johan)

Tahniah buat semua...Dan Selamat Maju Jaya ke Peringkat Bahagian.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates