Pada 30 April semalam (Isnin), telah berlangsung pertandingan Kuiz Matematik dan Sains yang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Beberapa pasukan telah berentap dalam pertandingan ini untuk merebut gelaran johan. Dalam pertandingan ini, setiap ahli dalam setiap kumpulan akan diuji mengenai kefahaman mereka mengenai sains dan kepantasan mereka dalam menyelesaikan masalah matematik.

Tahniah buat kumpulan yang berjaya. Tahniah juga buat Panitia Matematik dan Sains kerana telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini, jutaan terima kasih diucapkan.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates