Sekolah akan bercuti pada 24 Mei 2013 hingga 9 Jun 2013.



Selamat bercuti buat semua. Lakukan aktiviti yang berfaedah semasa bercuti.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Mukah telah diadakan di Dewan Polis Mukah pada 22hb Mei yang lalu. Sambutan Hari Guru kali ini diadakan lewat dari tarikh sebenar kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran Guru Besar SK Mukah yang bertugas mewakili PPD Mukah ke Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Kapit.

Hari Guru kali ini menyaksikan pertambahan kehadiran ibu bapa murid daripada tahun-tahun sebelumnya. Antara barisan atasan yang hadir dalam majlis tersebut ialah wakil-wakil PPD, YDP PIBG SK Mukah dan barisan exco PIBG SK Mukah.

Majlis dimulai dengan ucapan Cikgu Jasmi, Penolong Kanan 1 SK Mukah dan ucapan daripada Dr.Osman, YDP PIBG SK Mukah. Seterusnya lafaz Ikrar Hari Guru telah dipimpin oleh Cikgu Zainurin dan disusuli dengan nyanyian koir oleh guru-guru SK Mukah. Persembahan khas lagu koir yang bertajuk "Guru Cantik" oleh guru-guru lelaki SK Mukah menjadikan majlis bertambah meriah.

Majlis ini juga turut diselitkan dengan persembahan tarian shuffle oleh murid-murid tahun 2 hasil tunjuk ajar Cikgu Jessica, persembahan Action Songs oleh murid Tahun 3 hasil pimpinan Cikgu Munah dan rakan-rakannya dan persembahan koir dari Tahun 5 hasil pimpinan Cikgu Norzelan. Suasana majlis menjadi sayu seketika apabila semua murid Tahun 6 menyampaikan sebuah lagu khas buat Cikgu Jasmi yang bakal berpencen tidak lama lagi pada tahun ini.

Majlis diakhiri dengan majlis memotong kek dan jamuan Hari Guru. Tahniah buat semua yang hadir dalam memeriahkan majlis pada kali ini. SELAMAT HARI GURU!

p/s : Gambar akan dimasukkan kemudian. Harap maklum.

Pada 20hb Mei yang lalu telah diadakan Konvensyen Doktor Muda yang melibatkan pertandingan sketsa, pameran dan inovasi. Pertandingan-pertandingan tersebut telah diadakan di SK Mukah dan telah disertai oleh 3 buah sekolah di Daerah Mukah ini iaitu SK Mukah, SK Dua Sungai dan SK St. Patrick.



Ini ialah kali pertama buat SK Mukah dan SK Dua Sungai menyertai pertandingan seperti ini. Sebelum ini, hanya SK St. Patrick sahaja yang mewakili Daerah Mukah ke peringkat Negeri. 



Dalam pertandingan tersebut, semua sekolah yang bertanding dinilai dan dihakimi oleh pihak Bahagian Kesihatan dari Hospital Mukah. Hasil pertandingan tersebut menyaksikan keputusan seperti berikut :

Pertandingan Sketsa : SK St. Patrick
Pertandingan Pameran : SK St. Patrick
Pertandingan Inovasi : SK Dua Sungai

Walaupun keputusan hakim adalah muktamad, namun bagi pihak SK Mukah yang tewas dalam semua pertandingan menganggap ini adalah cabaran yang perlu ditempuhi dan menjadi pembakar semangat untuk beraksi lagi pada tahun hadapan. SK Mukah juga berharap penghakiman pada masa akan datang nanti lebih bersifat professional dan terbuka.

Pada 16hb yang lalu sempena Hari Guru, telah diadakan perlawanan persahabatan Bola Tampar di antara guru SK Mukah dan SK Datuk Awang Udin. Permainan persahabatan ini menyaksikan SK Awang Udin berjaya menewaskan SK Mukah dengan kemenangan tipis 3-2. 





Walaupun ditimpa hujan lebat semasa perlawanan, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan semua guru dan staf yang beraksi sangat membanggakan. Tahniah buat semua yang menjayakan perlawanan pada petang tersebut.


Berikut merupakan tarikh Peperiksaan Penggal Pertama :

Rabu - 8 Mei 2013
Khamis - 9 Mei 2013

Isnin - 13 Mei 2013
Selasa - 14 Mei 2013

Jadual peperiksaan boleh dilihat pada papan kenyataan kelas masing-masing. Harap Maklum.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates