Pada 25 Jun yang lalu, telah berlangsung di sekolah kita Penjurian Anugerah Sekolah Cemerlang Kelab Doktor Muda Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan kali ke-6 2015. Sekolah kita telah didatangi oleh 2 orang juri hakim penilai iaitu En. Zulkifli Manaf, Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, KPM dan En. Mohd Razif Bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Kesihatan KPM merangkap Penyelaras Doktor Muda Kebangsaan. Mereka berdua telah diiringi oleh Puan Christy Alexander, Penolong Pengarah Kanan Promosi Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga merangkap Penyelaras Kelab Doktor Muda Negeri Sarawak.


Kehadiran tetamu kehormat kita disambut dengan paluan kompang daripada Pasukan Kompang Sekolah dan Persembahan Khas "Martial Art" oleh ahli kelab Taekwando SK Mukah. Mereka telah diiringi oleh Guru Besar dan guru-guru penasihat KDM SK Mukah untuk melawat persekitaran SK Mukah.


Mudah-mudahan KDM sekolah kita dibawah pimpinan Cikgu Zullina, Cikgu Razimah dan Cikgu Nasir berjaya dalam penjurian peringkat kebangsaan ini. Terima kasih buat semua guru yang telah memberikan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu guru-guru KDM dan ahli-ahlinya membuat persiapan bagi menghadapi penjurian ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates