Pada 15 Julai yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah berlangsung gilang gemilang Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah. Majlis diserikan dengan kedatangan wakil PPD Mukah, Ustaz Awang Sarkawi dan Ustaz Ahmadazra, YDP PIBG SK Mukah, Cikgu Khirul Nizzuan bin Hamzah dan beberapa orang exco PIBG serta Pengerusi Kelas Angkat setiap kelas di SK Mukah.


Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

8.30 pagi

Ketibaan tetamu
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa oleh Ustaz Engku Afizan bin Engku Halim
Ucapan Alu-aluan oleh Cikgu Burhanuddin bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah
Ucapan Perasmian oleh Ustaz Awang Sarkawi, Wakil PPD Mukah
Jamuan Hari Raya
Majlis Perasmian Kelas Angkat SK Mukah

11.00 pagi

Sesi Fotografi
Majlis Bersurai





Perasmian Kelas Angkat di Kelas 4EB
Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada tahun ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates