Pada 6hb Januari yang lalu, SK Mukah telah mengadakan Program Transisi Murid Prasekolah ke Tahun 1. Taklimat telah diberikan kepada para ibu bapa murid Tahun 1 mengenai KSSR dan serba sedikit perkara yang akan dilalui oleh anak mereka sepanjang berada di sekolah. Semua murid Tahun 1 ditempatkan di dua kelas yang berasingan iaitu 1 Cemerlang A dan 1 Cemerlang B.







Dalam program ini, murid Tahun 1 akan didedahkan dengan  budaya dan persekitaran sekolah dan cara belajar yang berlaianan dari Prasekolah dahulu. Pada masa yang sama juga, para ibu bapa telah diperkenalkan dengan guru-guru yang akan mengajar kelas Tahun 1 pada tahun ini. Program ini akan berlangsung selama 2 minggu berturut-turut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates