Tahun 2012 adalah tahun yang sangat-sangat dinantikan oleh semua staf dan guru di SK Mukah. Ini kerana visi sekolah ialah untuk menjadi Pembentuk Modal Insan Gemilang Menjelang 2012. 

Kehadiran beberapa orang guru dan staf baru ke SK Mukah akan menambahkan lagi keyakinan dan semangat SK Mukah untuk terus maju dan cemerlang di persada pendidikan. Antara wajah-wajah baru di SK Mukah :

Cikgu Abdul Wahit bin Mohamad Etli : Guru Besar
Cikgu Marzuki bin Ali Mahamud : PK Ko-kurikulum
Cikgu Anna ak Sandum : Guru Bahasa Inggeris
Cikgu Mohamad Rasyiid Bin Abdul Ghani : Guru Prasekolah
Cikgu Jessica Celia Bt. Cyril : Guru KPKI
Hasimah binti Juji : Pembantu Am

Buat En.Realyton, pihak SK Mukah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SK Mukah ini. Buat pengetahuan semua, En.Realyton telah bertukar tugas ke SK Kg. Tellian.

Dengan pimpinan baru dari Cikgu Abdul Wahit, Guru Besar SK Mukah yang baharu, diharapkan SK Mukah dapat menjadi sekolah yang cemerlang dan gemilang pada tahun ini. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates