Pada 5hb Februari yang lalu, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah bertempat di Dataran Pehin. Seperti biasa seperti tahun--tahun yang lalu, semua hadirin membanjiri dataran seawal jam 7.00 pagi lagi.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr. Muhammad Leo Toyad. Turut hadir pada hari tersebut ialah Residen Mukah, Pegawai Pelajaran Daerah dan Wali Kota Mukah. SK Mukah telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul pada kali ini. Perarakan melibatkan murid Islam tahun 2 hingga tahun 6.





Beberapa acara sempena Maulidur Rasul telah berlangsung pada hari semalamnya dan keputusannya telah diumumkan pada hari tersebut. Tahniah kepada para pelajar SK Mukah kerana berjaya memenangi pertandingan Menulis Khat secara keseluruhannya.





Bagi pertandingan sepanduk pula pada tahun ini, SK Mukah telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staf yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates