Pada 16hb Februari yang lalu, SK Mukah telah menghantar 2 pasukan sepak takraw sekolah untuk menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Bahagian Mukah yang telah diadakan bertempat di Dewan Tertutup Daerah Mukah. Sebanyak 30 pasukan termasuk dari Daerah Dalat dan Daro telah berentap dalam kejohanan tersebut untuk merebut gelaran johan, naib johan dan tempat ketiga. Berikut merupakan nama pemain yang mewakili SK Mukah :

SK Mukah A
1. Ignatius (6PB) - Apit Kiri
2. Aniq Ghazi (6PB) - Simpanan
3. Fernandez (6PA) - Tekong
4. Najmi (6PB) - Apit Kanan

SK Mukah B
1. Arif (5MB) - Tekong
2. Haziq (6PA) - Apit Kiri
3. Alif Haikal (6PA) - Apit Kanan
4. Melvin (6PA) - Simpanan




Nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan SK Mukah untuk sampai ke peringkat separuh akhir. Walaupun begitu, tahniah buat kedua-dua pasukan kerana telah mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan tersebut. Pasukan SK Mukah telah diiringi oleh Ustaz Engku Afizan selaku Pengurus Pasukan dan Ustaz Mohd Radzi sebagai Jurulatih Pasukan.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates