Itulah tema untuk program memberus gigi yang telah diadakan sepanjang hari persekolahan 5 minit sebelum berakhirnya waktu rehat. Program ini melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Melalui program ini, murid-murid didedahkan dengan cara pembersihan gigi yang berkesan. Demonstrasi memberus gigi juga dilakukan bagi memudahkan murid-murid mengikuti langkah-langkah memberus gigi dengan kaedah yang betul.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah buat Jawatankuasa Kesihatan yang dipimpin oleh Cikgu Zullina dan Cikgu Razimah kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya secara konsisten.