Kuiz Ramadhan Siri ke 3 Peringkat Daerah Mukah telah diadakan bertempat di SK Mukah pada 2 Ogos yang lalu. Sebanyak 13 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah di seluruh Daerah Mukah telah mengambil bahagian dalam acara kuiz tersebut. Pada tahun ini, SK Mukah telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi pengelola Kuiz Ramadhan pada kali ini.


Kuiz dijalankan secara bertulis dan lisan bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah, kuiz dijalankan dalam bentuk lisan sahaja. Pertandingan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Salmy dan Ustaz Engku Afizan dari SK Mukah serta Ustaz Nik Nur Hafiz dari SK Kg. Jebungan. Taklimat perjalanan kuiz telah disampaikan oleh Penyelaras Program Kuiz Ramadhan iaitu Ustaz Azra dari SK Datuk Awang Udin.



Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya kuiz Ramadhan ini diadakan untuk sekolah menengah manakala bagi sekolah rendah, kali ini merupakan tahun ke-3 kuiz seperti ini dilaksanakan. Pertandingan kuiz sekolah menengah menyaksikan 3 buah sekolah berentap dalam cabaran ilmu mengenai bulan Ramadhan. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1. SMK Mukah
2. SMK St. Patrick
3. SMK Three Rivers



Bagi sekolah rendah, ujian bertulis dilaksanakan terlebih dahulu bagi menentukan dua kumpulan yang layak ke pusingan ujian lisan. Ujian bertulis telah berlangsung selama 1 jam.


Tahniah diucapkan buat SK Mukah dan SK St. Patrick kerana telah berjaya melangkahkan kaki ke pusingan akhir iaitu Ujian Lisan. Berikut merupakan keputusan Kuiz Ramadhan bagi sekolah rendah dan menengah :


Sekolah Menengah :
Johan : SMK Three Rivers
N.Johan : SMK Mukah
Tempat ke-3 : SMK St. Patrick

Sekolah Rendah :
Johan : SK Mukah
N.Johan : SK St.Patrick
Tempat ke-3 : SK Datuk Awang Udin

Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli. Tahniah buat SK Mukah dan SMK Three Rivers kerana telah berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan kuiz tersebut. Tahniah juga buat semua yang terlibat dalam menjayakan program kuiz Ramadhan pada kali ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates