Pada 12 Mei yang lalu, sekolah kita dibawah Panitia Sains telah menghantar seramai 4 orang murid  untuk mewakili SK Mukah dalam pertandingan Eureka Sains Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan tersebut telah disertai oleh adik Izam, Akmal Hazim, Safarah dan Asyikin yang mana masing-masing merupakan murid Tahun 5. Pertandingan tersebut telah diadakan bertempat di SK St.Patrick. Hampir semua sekolah di seluruh Daerah Mukah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.




Sekolah kita telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu, namun semangat yang ditunjukkan oleh wakil peserta sekolah kita amat membanggakan. Tahniah diucapkan! Johan telah dimenangi oleh SK St.Patrick dengan perbezaan markah yang sangat sedikit dari sekolah kita.

Pada 15 Mei yang lalu, telah diadakan pemeriksaan kesihatan oleh pihak Hospital Daerah Mukah bertempat di perpustakaan SK Mukah. Pemeriksaan kesihatan tersebut telah melibatkan semua murid Tahun 1.






Itulah tema untuk program memberus gigi yang telah diadakan sepanjang hari persekolahan 5 minit sebelum berakhirnya waktu rehat. Program ini melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Melalui program ini, murid-murid didedahkan dengan cara pembersihan gigi yang berkesan. Demonstrasi memberus gigi juga dilakukan bagi memudahkan murid-murid mengikuti langkah-langkah memberus gigi dengan kaedah yang betul.
 







Pihak sekolah mengucapkan tahniah buat Jawatankuasa Kesihatan yang dipimpin oleh Cikgu Zullina dan Cikgu Razimah kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya secara konsisten.

Pada musim Pesta Kaul penghujung bulan April yang lalu, telah diadakan beberapa pertandingan yang melibatkan murid sekolah rendah dan prasekolah bertempat di tapak Pesta Kaul. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan mengarang esei, pertandingan mewarna dan banyak lagi.




Tahniah buat beberapa orang murid sekolah kita kerana telah berjaya mendapat tempat yang membanggakan pihak sekolah dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Antara mereka yang berjaya ialah Abang Aiman dari Tahun 5 Mantap B (Johan Mengarang Esei) dan Nurul Damia dari 4 Efisien A (Naib Johan Mengarang Esei), beberapa orang murid dari prasekolah yang mana masing-masing membolot hadiah tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan mewarna.

Tahniah buat semua yang berjaya!

Pada hari Isnin yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Ceramah Kesihatan 1/2012. Ceramah yang bertemakan Gaya Hidup Sihat telah disampaikan oleh Hj. Nadzeri Bin Hj Ismail, Pegawai Kesihatan Hospital Mukah. Ceramah tersebut telah melibatkan murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6.




Terdapat banyak informasi serta fakta-fakta menarik mengenai "Gaya Hidup Sihat" telah disampaikan menerusi ceramah tersebut. Antaranya ialah cara hidup sihat melalui 4 kaedah iaitu :
  1. Makan dengan cara yang sihat
  2. Melakukan aktiviti fizikal
  3. Tidak Merokok
  4. Elakkan meminum minuman berakohol
  5. Belajar tangani stress




 
Selesai sahaja ceramah, beberapa soalan kuiz telah diajukan kepada semua murid mengikut tahun. Hadiah menarik menanti buat sesiapa yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Tahniah buat yang berjaya. Program ceramah pada petang tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates