Pada hari Selasa bersamaan 22hb Januari 2013 jam 2.30 petang, telah bermula pengagihan wang BR1M kepada semua murid SK Mukah. Sejak awal lagi murid telah datang bersama ibu bapa untuk memperoleh wang pemberian kerajaan tersebut.
Wang-wang tersebut telah diagihkan oleh guru kelas masing bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Semua sedia maklum bahawa pada Bajet 2012 yang lepas, Perdana Menteri telah memberi kembali hak-hak rakyat Malaysia melalui pemberian wang tunai RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, RM500 untuk isi rumah dibawah RM3000 dan RM200 (Baucer Buku) untuk golongan mahasiswa.