Pada 24hb Januari yang lalu bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1434 Hijrah, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dataran Pehin Setiaraja. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Mukah dengan kerjasama Politeknik Mukah. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah perarakan sejauh 3.7km dan pertandingan sepanduk.






SK Mukah telah menghantar murid-murid Islam dari Tahun 3 hingga 6 untuk bersama-sama berarak sempena Maulidur Rasul. Turut tidak ketinggalan ialah semua guru-guru Islam SK Mukah yang turun padang menjayakan program tersebut. SK Mukah telah menyertai pertandingan sepanduk namun pada tahun ini, rezeki tidak menyebelahi SK Mukah. Walaupun begitu, ucapan penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru yang menyumbang tenaga dan masa untuk menyiapkan sepanduk SK Mukah pada tahun ini.


Tema Maulidur Rasul bagi tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih buat semua guru dan murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates