Tahniah buat Pasukan Sepak Takraw SK Mukah yang telah muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Mukah pada 22hb Januari yang lalu. 



Pertandingan berlangsung di Dewan KPSU Mukah dengan menyaksikan beberapa buah sekolah di Daerah Mukah mengambil bahagian. Pasukan Sepak Takraw SK Mukah telah diwakili oleh :

1. Izaz Rizqi - 6PA
2. Abang Izzul Syahmi - 6PB
3. Nicholas - 5MB
4. Harith Faiq - 5MB



Mereka telah diiringi oleh jurulatih sepak takraw SK Mukah iaitu Ustaz Mohd Radzi dan Cikgu Hajeri ke tempat pertandingan. Tahniah buat mereka semua yang telah berjaya membawa kemenangan pertama buat SK Mukah dalam lembaran baru 2015 ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates