Pada 27hb Januari malam semalam, telah mula berlangsung Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Mukah 2015 anjuran Pejabat Daerah Mukah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertempat di Surau Darul Huda, Kg.Kuala Lama, Mukah. Pada malam tersebut, 8 orang peserta tilawah daripada semua bahagian Mukah telah memperdengarkan bacaan masing-masing. 



Acara selingan pada malam tersebut ialah persembahan nasyid daripada Kumpulan Shoutul Hijjazi SK Mukah. Terima kasih buat PPD Mukah kerana telah memberi sepenuh kepercayaan buat kumpulan nasyid sekolah kita untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Pasukan Nasyid SK Mukah telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Al-Quran Pedoman Hidup dan Israk Mikraj. Turut hadir menyaksikan persembahan mereka ialah Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit bin Mohd Etli. Mereka telah diiringi oleh jurulatih Nasyid SK Mukah, Ustaz Engku Afizan dan Ustaz Mohd Radzi ke tempat persembahan.


Tahniah buat pasukan nasyid SK Mukah. Suatu permulaan yang baik pada tahun 2015. Mudah-mudahan mereka berjaya sekali lagi di MTQ Peringkat Daerah dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM pada tahun ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates