Kejohanan Hari Sukan SK Mukah 2015 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 6 Oktober hingga 8 Oktober yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Berikut merupakan tentatif hari sukan pada tahun ini :
6 Oktober Hari Selasa :
Acara Sukaneka Prasekolah
Acara Sukaneka Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lompat Jauh Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lontar Peluru Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lompat Tinggi Tahap 1 dan Tahap 2
7 Oktober Hari Rabu :
Lari 100 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 200 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 4x100 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 4x200 meter Tahap 2
Lari berpagar Tahap 2
8 Oktober Hari Khamis :
Raptai Perbarisan Rumah Sukan
Acara lari 100 meter Sekolah Jemputan
Lari 50 meter Prasekolah
Majlis Penangguhan Hari Sukan
Paling mendapat perhatian murid ialah acara lompat tinggi. Kemeriahannya dirasai apabila semua murid dan guru bertumpu kepada satu-satunya acara ini. Persaingan antara Rumah Sukan dalam acara ini dihangatkan lagi dengan sorakan para penyokong rumah masing-masing.
Majlis Penangguhan Hari Sukan telah disempurnakan oleh YDP SK Mukah iaitu En.Mohamed Khirul Nizzuan. Saat yang sangat dinantikan oleh semua guru dan murid iaitu pengumuman Juara Rumah Sukan, Olahragawan dan Olahragawati serta Johan Perbarisan Rumah Sukan. Berikut merupakan keputusan pada hari tersebut :
Johan Rumah Sukan : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat ke-3 : Rumah Kuning
Tempat ke-4 : Rumah Biru
Olahragawan : Abang Izzul Syahmi bin Abang Djohan (6 Perkasa B)
Olahragawati : Manisa Augustine Lalong (6 Perkasa B)
Johan Perbarisan : Rumah Biru
Ternyata Rumah Hijau masih berbisa dan berjaya mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki pada tahun yang lalu. Paling mengejutkan ialah kebangkitan Rumah Merah yang berjaya melonjak naik ke tempat kedua daripada tempat terakhir pada tahun yang lalu. Terima kasih buat semua yang telah menyumbang masa, tenaga, wang ringgit dan idea dalam menjayakan Kejohanan Hari Sukan pada tahun ini. Kerjasama anda semua kami hargai dengan setinggi ucapan terima kasih.
Makluman : Gambar-gambar lain akan dimasukkan kemudian. Harap maklum.