Pada 17hb Oktober yang lalu bertempat di SK Mukah telah diadakan Kursus Masakan Rimba dan Pertandingan Chef DeRimba 2015 anjuran Unit Beruniform SK Mukah. Semua murid Tahap 2 terlibat dalam kursus dan pertandingan tersebut. Dalam kursus kali ini, semua ahli dalam unit beruniform didedahkan dengan jenis-jenis dan cara-cara masakan yang sesuai semasa berada di dalam hutan terutamanya apabila melibatkan aktiviti perkhemahan. Dalam pertandingan Chef DeRimba pula, setiap unit beruniform dikehendaki menyediakan masakan rimba bertemakan makanan tengah hari yang meliputi makanan karbohidrat, protein dan pencuci mulut. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

0800     Pendaftaran Peserta
0830     Ceramah Kursus Masakan Rimba oleh Cikgu Norzelan Kili
1000     Rehat
1030     Pertandingan Chef DeRimba
1200     Penghakiman
1300     Majlis Penangguhan Kursus dan Pertandingan Chef DeRimba
-          Ucapan Alu-Aluan oleh Penyelaras Unit Beruniform,
Ustaz Engku Afizan bin Engku Halim
-          Ucapan Penangguhan oleh Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Dayang Rabia’a binti Awang Mohsin
-          Pengumuman Pertandingan Chef DeRimba oleh Ketua Juri,
      Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood


Tahniah buat pasukan Puteri Islam kerana telah menjuarai pertandingan Chef DeRimba. Tahniah juga buat semua pasukan yang lain. Suatu pengalaman bermakna dan pembelajaran yang menarik dapat dipelajari melalui kursus dan pertandingan kali ini. Terima kasih atas kerjasama semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam  menjayakan semua aktiviti unit beruniform pada tahun ini. 

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates