Pada 4 Februari yang lalu, 6 orang atlet daripada SK Mukah yang telah terpilih mewakili Zon Bandar telah diiringi Cikgu Nasir dan Ustaz Engku Afizan ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Mukah yang bertempat di SK Lubuk Bemban. Perjalanan ke sana yang mengambil masa antara 1 jam ke satu jam setengah daripada bandar Mukah merupakan satu cabaran buat semua guru pengiring Zon Bandar apabila terpaksa melalui jalan yang sukar dan berliku untuk sampai ke sana. Untuk pengetahuan semua, SK Lubuk Bemban merupakan salah satu daripada sekolah-sekolah pedalaman di Daerah Mukah.

Jurulatih Zon Bandar
Semua acara olahraga dipertandingkan menerusi kejohanan peringkat Daerah kali ini. Empat Zon berentap merebut gelaran juara keseluruhan. Masing-masing ialah Zon Bandar, Zon Seberang, Zon Balingian dan Zon Ladang. Tahniah buat Zon Balingian kerana telah merangkul johan keseluruhan pada tahun ini. Tempat kedua Zon Ladang, ketiga Zon Bandar dan tempat keempat disandang oleh Zon Seberang. 

Pasukan Zon Bandar
Tahniah juga diucapkan buat dua orang atlet sekolah kita yang telah berjaya menjadi johan dalam acara Lontar Peluru Perempuan iaitu Qiara Amanda dari 6 Perkasa B serta Razmir Irfan juga dari 6 Perkasa B dalam acara Lompat Tinggi Lelaki. Turut mencipta kejayaan ialah Fatin Nurfarahanani dari 6 Perkasa A yang telah memperoleh tempat kedua dalam acara Lompat Tinggi Perempuan dan Ellynie dari 6 Perkasa B yang memperoleh tempat ketiga dalam acara balapan.


Kejohanan Olahraga pada hari tersebut turut dihadiri oleh 2 orang pegawai daripada PPD Mukah iaitu Cikgu Christopher dan Cikgu Kueh daripada Unit Pembangunan Sukan. Qiara dan Irfan akan mara ke peringkat seterusnya di Kejohanan Olahraga Peringkat Bahagian Mukah yang dijadualkan diadakan di Daro pada bulan Mac nanti.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates