Jam 10.30 pagi menyaksikan ruang legar Dataran Gemilang SK Mukah dipenuhi para ibu bapa, guru dan semua murid Tahun 6. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui keputusan UPSR yang bakal diumumkan Guru Besar. Tepukan gemuruh berkumandang apabila semua murid ternampak kelibat Cikgu Burhanuddin Bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah mula menuruni tangga dari pejabat menuju ke pentas utama.




Turut hadir ialah YDP PIBG, En. Khirul Nizzuan Bin Hamzah dan beberapa orang exco PIBG untuk sama-sama melihat kejayaan yang bakal diraih oleh murid Tahun 6 dan SK Mukah.





Tahniah buat Nesrinna Nabihah Fitriah Binti Mohamad Fadeli dan Fatin Nurfarahanani Binti Zulhelmi masing-masing dari Tahun 6 Perkasa A kerana telah memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR 2016 dengan keputusan 5A 1B. Turut meraikan keputusan cemerlang pada hari tersebut ialah Desmond Sua Anak Tony (6 Perkasa B) dengan kepusan 4A 1B 1C dan Justin Daniels Manuchihr Smith (6 Perkasa A) dengan keputusan 4A 2B. Selain mereka, 4 orang telah mendapat keputusan 3A. Mereka ialah Hana Khalila Binti Hasbi (6 Perkasa A), Nur Laila Syazwani Binti Hamdan (6 Perkasa A), Nurhumaizatul Najwa Binti Ismail (6 Perkasa B) dan Qiara Amanda Brinjah Anak Mathew (6 Perkasa B). Tahniah juga buat Cikgu Cianra atas pencapaian beliau memperoleh 100% murid lulus bagi matapelajaran Sains. 




Bagi murid-murid lain yang kurang berjaya, jangan putus asa. Kejayaan milik setiap insan. Usaha lagi di masa-masa akan datang dalam peperiksaan umum yang bakal menjelang. 

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates