Pada 23 November yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Mukah, telah diadakan sesi taklimat kelas Dual Language Program (DLP) yang melibatkan semua ibu bapa murid tahun 3/2016. Taklimat tersebut telah dipegerusikan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin Bin Kederi dengan dibantu oleh barisan penolong kanan dan guru kelas tahun 4 bagi sesi 2017 tahun hadapan.


Taklimat tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa pelaksanaan kelas DLP kepada anak-anak mereka pada persekolahan sesi 2017. Selain itu juga, tinjauan kelayakan anak-anak mereka menyertai DLP serta persetujuan ibu bapa turut dijalankan semasa sesi taklimat tersebut.


Untuk pengetahuan semua, DLP merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan sebanyak 38.5 juta yang mana telah mula dilaksanakan pada awal tahun 2016 melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1. Program ini dilaksanakan sejajar dengan usaha untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris dibawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Setakat ini, ia dilakukan secara pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan guru besar serta kesediaan sekolah untuk melaksanakannya.


Program ini melibatkan 2 subjek iaitu Sains dan Matematik. Murid yang terlibat dalam kelas DLP akan diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya termasuklah apabila menduduki ujian dan sebagainya.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates