Pada 19hb Mac yang lalu bertempat di SK Pengkalan Lobang, telah diadakan Pertandingan Nyanyian Solo Irama Malaysia Peringkat Daerah Mukah. Sekolah kita telah menghantar seorang wakil bagi peserta kategori perempuan iaitu adik Nur Diana Binti Abdullah daripada kelas 4 Efisien B. Nur Diana telah diiringi oleh Cikgu Norzelan dan Cikgu Ali ke tempat pertandingan. Turut bersama Nur Diana adalah ibunya yang sentiasa memberikan sokongan moral di atas setiap persembahannya.



Seramai 31 peserta daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah telah menyertai pertandingan tersebut. Bakat dan potensi besar yang ada pada Nur Diana telah melayakkan dirinya dinobatkan sebagai Johan bagi kategori perempuan selain turut menerima Anugerah Terbaik Vokal.




Nur Diana akan mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang akan diadakan di Daro pada bulan Mei nanti. Disamping itu, Cikgu Norzelan selaku hakim bertugas pada pertandingan itu telah telah dimaklumkan oleh En.Patrick Phillip Moss, Pegawai Unit Kokurikulum PPD Mukah bahawa SK Mukah telah dipilih sebagai lokasi ujibakat Bintang Kecil anjuran RTM pada bulan April ini. 

Kepada murid-murid sekolah kita yang berminat boleh berlatih daripada sekarang untuk menyertai ujibakat tersebut. Mudah-mudahan dengan kejayaan anda dapat menaikkan nama sekolah kita ke peringkat yang lebih tinggi bak kata pepatah "Tuah Ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu."

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates