Pada 20hb hingga 23hb yang lalu, telah diadakan Perkhemahan Bina Insan 1 Malaysia Murid Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak (Kem Santubong), Kuching. Seramai 165 orang murid tahap 2 dan 16 orang guru pengiring daripada 8 buah daerah dalam Negeri Sarawak terlibat dalam program ini. Antaranya :

1. Daerah Sibu
2. Daerah Kapit
3. Daerah Bintulu
4. Daerah Mukah
5. Daerah Samarahan
6. Daerah Serian
7. Daerah Simunjan
8. Daerah Matu Daro


Daerah Mukah telah menghantar seramai 13 orang murid dan 2 orang guru pengiring ke perkhemahan tersebut. Sekolah kita telah diwakili oleh Nur Yusma Athirah binti Yusri Amir dari 6 Perkasa A. Sekolah kita juga bertuah kerana salah seorang guru pengiring bagi Daerah Mukah ialah Cikgu Julita Jaapar.

Banyak aktiviti menarik dan berfaedah serta pengalaman yang sangat bernilai dapat diperolehi oleh peserta-peserta kem ini. Antaranya ialah mereka berpeluang melakukan beberapa aktiviti lasak seperti Flying Fox, Kembara Berhalangan dan berenang di laut. Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di sekitar Bandaraya Kuching.

Gambar : Cikgu Julita dan Yusma bersama beberapa orang peserta kem

Suatu pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain di SK Mukah. Mudah-mudahan ianya memberikan sumber idea dan inspirasi buat kita semua dalam merancang aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat buat semua murid dan guru di SK Mukah.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates