Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan bertempat di SK Kg.Igan pada 20hb Mei yang lalu. Daerah Mukah telah menghantar johan dan naib johan pidato baru-baru ini untuk mewakili daerah ke pertandingan tersebut. Nurul Damia Binti Ramzi, naib johan pidato yang merupakan murid SK Mukah melahirkan rasa syukur kerana telah diberi peluang untuk mara ke peringkat bahagian dan berharap dapat memperbaiki pencapaiannya di peringkat daerah yang lalu.




Taqdir tidak menyebelahi wakil SK Mukah kerana telah kalah tipis dengan beza markah 1.5 daripada johan pertandingan tersebut dan keputusan ini telah menempatkan Nurul Damia sekali lagi di tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha Nurul Damia dan jurulatih pidato sekolah merangkap guru pengiring iaitu Cikgu Zullina Binti Ramli dalam usaha mereka mengharumkan nama sekolah dalam bidang pidato.

Turut bertanding pada hari tersebut di tempat yang sama ialah Ascelyna Avrill. Wakil Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat Bahagian Mukah daripada sekolah kita ini telah diiringi oleh jurulatihnya, Cikgu Zubaidah ke tempat pertandingan namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana tidak mendapat tempat tiga teratas dalam pertandingan tersebut. 

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates