Pada 24hb Mei semalam telah berlangsung Pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Mukah bertempat di Dataran Pehin Setia Raja. Pertandingan dimulakan sedikit lewat berikutan hujan rintik membasahi laluan trek. Sepertimana tahun lalu, Pertandingan Lalu Lintas Shell merupakan satu aktiviti tahunan yang disertai oleh AJK Keselamatan Sekolah dibawah pimpinan jurulatih Ustaz Mohd Radzi dan beberapa orang guru dari ajk keselamatan yang lain.
Pertandingan ini merupakan anjuran pihak Shell dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). AJK Keselamatan SK Mukah telah melatih dan menghantar beberapa orang murid untuk menyertai pertandingan tersebut. 3 kategori dipertandingkan iaitu :
1. Kategori Berjalan Kaki
2. Kategori Berbasikal
3. Kategori Berkereta (Kereta Padel)
Tahniah buat peserta-peserta Pertandingan Lalu Lintas Shell kerana telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat bahagian tersebut. Suatu pencapaian yang terbaik pernah dihasilkan oleh pasukan Lalu Lintas Shell pada tahun ini mengatasi pencapaian tahun-tahun sebelumnya.