Pada 22 - 23 April yang lalu, telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Bahagian Sarikei. Sekolah kita telah mewakili Bahagian Mukah dalam Pertandingan Kompang Selawat. Peserta kompang sekolah kita telah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi dan Ustazah Salmy ke tempat pertandingan. 


Kontijen Bahagian Mukah


Sebanyak 11 bahagian berentap dalam pertandingan Kompang Selawat untuk merebut gelaran juara bagi melayakkan pasukan masing-masing mara ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perlis pada bulan Mei kelak. Turut bersama mereka di sana ialah Ustaz Engku Afizan yang bertugas sebagai Hakim Nasyid Sekolah Rendah dan Menengah. Mudah-mudahan sekolah kita dapat memperbaiki mutu dan kualiti persembahan nasyid hasil daripada pengalaman beliau bersama dengan hakim-hakim berpengalaman dalam menghakimi pertandingan tersebut.

Pasukan Kompang Selawat SK Mukah bersama Ustaz Radzi dan Ustazah Salmy
Ustaz Engku (Kiri)
Pada 23 April bertempat di Dewan Suarah Sarikei, telah berlangsung Majlis Penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Abang Mat Ali bin Abang Mat Sagus, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 


Walaupun kita tidak berjaya di Peringkat Negeri ini, namun banyak yang telah kita pelajari sepanjang berada di sana. Dari segi pakaian, alatan dan mutu persembahan banyak yang perlu kita perbaiki. Kita percaya bahawa setiap kejayaan dan kegagalan itu adalah ujian daripada Allah. Kejayaan lebih manis jika datang bersamanya kegagalan. Dari situlah kita akan mengorak langkah mencapai kejayaan bukan sahaja dalam acara Kompang Selawat, malah semua pertandingan dalam MTQ pada tahun hadapan. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates