Dua orang guru SK Mukah iaitu Cikgu Razimah dan Cikgu Rasyiid akan berpindah stesen tempat bertugas. Cikgu Razimah telah berjaya dalam permohonan pertukarannya ke Negeri Sembilan manakala Cikgu Rasyiid bertukar ke SK Penakup Ulu, Mukah. Maka dengan itu, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Majlis Perpisahan sempena perpindahan mereka berdua.

Pada 4 Mac yang lalu pihak sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Perpisahan buat mereka berdua bertempat di Hotel Kingwood, Mukah. Majlis bermula seawal jam 7.30 malam dan suasana sedih menyulubungi dewan serbaguna Hotel Kingwood tatkala dua insan yang diraikan ini diberi peluang berucap dihadapan. Kedua-dua mereka banyak memberikan sumbangan besar terhadap pencapaian SK Mukah terutamanya dalam bidang kokurikulum.


Cikgu Razimah antara "orang kuat" dalam Kelab Doktor Muda berjaya bersama rakan-rakannya membawa KDM SK Mukah sehingga ke peringkat Kebangsaan. Cikgu Rasyiid pula berjaya melatih dan membimbing beberapa orang murid dalam pasukan Bola Sepak SK Mukah sehingga berjaya ke peringkat Negeri. Sayang untuk melepaskan mereka namun kita terpaksa akur dengan keinginan mereka untuk berpindah disamping redha dengan takdir yang telah ditetapkan Tuhan.



Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka berdua atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang berada lebih daripada 4 tahun di SK Mukah. Semoga berjaya di stesen baharu dan teruskan perjuangan sebagai insan bergelar guru.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates