Pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengadakan Program Sejiwa Senada bertempat di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah. Program ini merupakan program tahunan kerajaan Negeri Sarawak di mana ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat setempat melalui penyebaran maklumat secara langsung oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO. Selain daripada pameran dan perkhidmatan, tapak niaga dan aktiviti hiburan daripada artis-artis tempatan turut memeriahkan lagi program tersebut.


SK Mukah amat bertuah kerana Kelab Doktor Muda (KDM) sekolah kita telah dipilih oleh pihak Hospital Bahagian Mukah untuk bersama-sama menjayakan pameran bagi agensi mereka. Persiapan awal telah dibuat oleh pasukan KDM sekolah kita untuk menghias tapak pameran. Jadual bertugas juga telah disediakan bagi memastikan pameran berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi terlibat. Antaranya seperti cabutan bertuah, pertandingan-pertandingan dan sebagainya.

Selain Doktor Muda, sekolah kita juga telah menghantar beberapa orang wakil peserta ke pertandingan hafazan dan azan anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Mereka ialah :

Pertandingan Hafazan 19 Mac

1. Muhammad Danish Asyraf bin Azizee (5MB)
2. Nor Syazwani Mohd Ikhwan (6PA)

Pertandingan Azan 20 Mac

1. Fadzil Eqim bin Abdu Safallah (6PA)
2. Harith Faid bin Halil (6PB)

Kesemua mereka telah diiringi oleh Ustaz Engku Afizan dan Ustaz Mohd Radzi ke tempat pertandingan. Tahniah diucapkan kepada Danish Asyraf kerana telah berjaya menjadi johan hafazan pada hari tersebut manakala bagi peserta sekolah kita yang lain masing-masing membawa pulang hadiah saguhati.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates