Pada 28 Mac hingga 1 April telah diadakan Kursus Training of Trainers Instruktor Kecergasan Kelab Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur bertempat di Kem Belia Kemunyang, Sibu. Tiga orang ahli KDM SK Mukah iaitu Harith Haziq (5MA), Muhammad Hakimi (5MA) dan Muhammad Afif Syamim (5MB) sangat bertuah kerana telah terpilih mewakili Bahagian Mukah dalam kursus tersebut.  Mereka telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan 2 orang pegawai dari Hospital Bahagian Mukah. 







Pelbagai aktiviti menarik dan penuh informasi telah mereka pelajari selama seminggu di sana untuk dikongsikan bersama dengan ahli-ahli KDM di Bahagian Mukah khususnya dan murid-murid SK Mukah secara umumnya. Tahniah atas pencapaian yang berterusan oleh KDM SK Mukah. Fly Kenyalang Fly, Fly SK Mukah Fly! 


0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates