Pada 27 Januari yang lalu bertempat di SJK(C) Chong Boon telah berlangsung Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Mukah. 3 buah sekolah telah meyertai pertandingan ini iaitu SJK(C) Chong Boon, SK Mukah dan SLDB No.3. Masing-masing membawa dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.
Ustaz Mohd Radzi bersama Cikgu Edmund selaku jurulatih telah mengiringi pasukan bola tampar sekolah kita ke sana. Sekolah kita telah diwakili oleh :
Pasukan Lelaki
1. Justin (6PA)
2. Mohd Hakimie (6PA)
3. Nicholas Nanang (6PB)
4. Bennyson Putit (6PB)
5. Muhammad Zaki (6PB)
6. Akmal Salihin (6PB)
7. Firdaus Izwan (6PB)
Pasukan Perempuan
1. Nur Laila Syazwani (6PA)
2. Fatin Farahanani (6PA)
3. Batrisyia (6PA)
4. Qiara (6PB)
5. Cynthia (6PB)
6. Evalynie (6PB)
7. Julita Aisyah (5MA)
Berikut merupakan keputusan pertandingan :
Kategori Lelaki :
Johan - SJK(C) Chong Boon
Naib Johan - SK Mukah
Ketiga - SLDB No.3
Kategori Perempuan :
Johan - SJK(C) Chong Boon
Naib Johan : SLDB No.3
Ketiga : SK Mukah
Tahniah buat jurulatih dan semua peserta atas kejayaan yang dicapai. Fly Kenyalang Fly!
8.00 pagi Ketibaan para ibu bapa murid Tahun 1
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood
Ucapan Guru Besar, Cikgu Buhanuddin bin Kaderi
Tayangan Slide aktiviti Transisi Murid Tahun 1
Persembahan khas daripada murid Tahun 1
Majlis penyampaian hadiah
Jamuan Ringan
11.30 Majlis Bersurai
Pada 20 Januari 2016 bertempat di SK Sg.Liuk telah berlangsung Acara Merentas Desa Peringkat Daerah Mukah. Semua sekolah di Daerah Mukah telah menghantar wakil peserta ke acara tersebut. SK Mukah telah menghantar 6 orang murid ke acara tersebut. Mereka ialah :
1. Fatin Nurfarahanani (6PA)
2. Fadzil Eqim (6PA)
3. Razmir Irfan (6PB)
4. Dayang Najwa Fatiha (6PB)
5. Ellynie (6PB)
6. Mohd Hafiz (PPKI)
Mereka semua telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan Cikgu Izzah ke tempat merentas desa. Tahniah buat semua yang terlibat dalam acara merentas desa pada tahun ini. Turut hadir ke majlis penutup acara tersebut ialah Guru Besar SK Mukah sendiri merangkap Pengerusi Majlis Guru-guru Besar Daerah Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi.
- DLP ialah Dual Language Programme.
- Program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya.
- Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi spertikesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- Sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Kami di SK Mukah amat mengalu-alukan kedatangan Cikgu Burhanuddin sebagai peneraju utama di SK Mukah. Selain Cikgu Burhanuddin, dua orang guru baru dan seorang juruteknik juga telah melapor diri di SK Mukah. Selamat datang kami ucapkan. Semoga tahun baru ini memberikan lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat SK Mukah dalam pelbagai bidang yang disertai. Pada 2 Januari 2016 yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Staf Kali Pertama bagi semua guru dan staf SK Mukah bertempat di Bilik Mesyuarat.