Pada 2 Julai 2013, Kelab Doktor Muda telah mengadakan program ceramah kesihatan bertajuk "Penyakit Berjangkit". Mereka telah menjemput 2 orang pegawai daripada Hospital Mukah untuk memberikan ceramah tersebut. Program tersebut bermula pada jam 3.00 petang dan telah dihadiri oleh semua murid tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk guru-guru SK Mukah.






Dalam ceramah tersebut, murid-murid diberi pendedahan tentang penyakit berjangkit dan cara-cara untuk mengelakkannya. Terima kasih buat Kelab Doktor Muda yang telah menganjurkan program kesihatan seperti ini. Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates