Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 25hb Oktober 2014, telah diadakan satu lawatan sambil belajar bagi semua murid Tahun 6 ke Bintulu. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah beberapa orang guru dan staf SK Mukah. Perjalanan mereka ke sana menggunakan perkhidmatan 2 buah bas dan beberapa kenderaan persendirian.

Seawal jam 6.30 pagi lagi, mereka semua telah berkumpul di sekolah. Turut hadir pada pagi tersebut ialah Guru Besar, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli. Doa selamat perjalanan telah dibacakan oleh Ustaz Mohd Radzi. Antara tempat-tempat yang telah dilawati oleh mereka semasa di Bintulu adalah seperti Gua Niah, Pantai Tanjung Batu dan beberapa pasar raya besar di Bintulu.











Mereka telah menginap di Bintulu selama 2 hari 1 malam. Pada 26hb Oktober, mereka telah selamat berangkat pulang ke Mukah dan tiba di SK Mukah sekitar jam 7.00 petang dengan disambut oleh para ibu bapa murid-murid yang terlibat.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan keselamatan dan kesejahteraan buat semua murid dan guru yang terlibat dalam perjalanan pergi dan pulang.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates