Pada 27hb hingga 31hb Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Kebangsaan Mukah. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia yang dipimpin oleh Cikgu Zubaidah. Semua pertandingan tersebut terbuka kepada murid-murid dari prasekolah hingga Tahun 6. Semua pertandingan diadakan pada waktu petang dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.




Antara pertandingan yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah :
  • Pertandingan Bercerita
  • Pertandingan Pidato
  • Pertandingan Mewarna
  • Kuiz Bahasa Malaysia
  • Pertandingan Tulisan "Tercantik"
Turut hadir menyaksikan pertandingan setiap petang ialah para ibu bapa murid-murid yang mengambil bahagian. Keputusan untuk para pemenang pertandingan akan diumumkan dalam perhimpunan pada minggu hadapan. Tahniah buat semua guru yang terlibat khususnya guru-guru daripada Panitia Bahasa Malaysia kerana telah melaksanakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Malaysia dengan jayanya.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates