SK Mukah telah terpilih sebagai pusat Ujian Kemasukan murid Tahun 1 ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Mukah yang dijangka akan dibuka pada awal tahun depan. Pada 18hb Oktober yang lalu, telah berlangsung ujian tersebut di mana lebih 100 orang murid berusia 6 tahun daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah telah mendaftar untuk menduduki ujian kelayakan pada hari tersebut. Dataran Arena Modal Insan agak sesak sedikit pada pagi tersebut dengan kehadiran murid-murid bersama ibu bapa dan guru masing-masing untuk tujuan pendaftaran. 




3 buah kelas digunakan untuk menampung semua bilangan calon ujian. Setiap bilik menempatkan 3 atau 4 orang pengawas peperiksaan. Beberapa orang guru daripada SK Mukah telah dilantik menjadi pengawas peperiksaan dan pemeriksa kertas jawapan pada hari tersebut. Antara mereka yang terlibat ialah :

1. Cikgu Fatimah (Ketua Pengawas)
2. Ustaz Mohd Razdi
3. Ustaz Engku Afizan
4. Cikgu Razimah
5. Cikgu Anna
6. Ustazah Salmy
7. Cikgu Rosniah
8. Cikgu Ruzaimah
9. Cikgu Fauziah

Turut hadir pada pagi tersebut ialah Penyelia Pendidikan Islam PPD Mukah, Ustaz Su'ut. Peperiksaan berlangsung hampir 1 jam setengah. Kemudian, semua kertas jawapan calon dikumpul dan ditanda pada hari yang sama di bilik khas yang disediakan. Keputusan kemasukan ke SABK akan dihantar ke sekolah masing-masing pada tarikh yang akan ditetapkan.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates