Pada 25hb April baru-baru ini, telah diadakan Hari Permuafakatan 1/2014. Hari Permuafakatan tersebut melibatkan murid prasekolah hingga Tahun 5 sahaja berikutan telah diadakan Kontrak Pembelajaran bagi murid Tahun 6 pada hari sebelumnya.
Seperti tahun-tahun yang lalu, antara objektif program ini diadakan adalah seperti berikut :
- Perbincangan dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan keputusan ujian.
- Perbincangan ibu bapa bersama guru untuk memperbaik dan mempertingkatkan pencapaian murid.
- Perbincangan bersama bagi mengatasi masalah pembelajaran murid.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru yang terlibat dalam merealisasikan Hari Permuafakatan tersebut dengan jayanya.