Cuti umum Khamis 1 Mei 2014 sempena Hari Pekerja di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam hari kelepasan AM, hari pekerja atau dikenali sebagai hari buruh yang diraikan pada setiap 1 Mei merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Hari pekerja diraikan bagi menghargai jasa seorang pekerja dalam perkembangan ekonomi negara dan modal insan. Oleh itu, pihak kami SK Mukah ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh individu yang bergelar pekerja di Malaysia. Selamat Bercuti!